j

Sunday, January 23, 2011

Ikan-Ikan Kerapu Utama Di Malaysia

Tajuk diatas mengalihkan perhatian saya dari apa yang saya fikirkan sebelum ini. Mengambil perkataan utama untuk membawa erti "common" menjadikan tajuk berkenaan seakan membawa erti yang berbeza. Maafkan saya kerana kurang mahir pula dalam bahasa ibunda tercinta. Kebiasaan sejak hampir 10 tahun menulis hanya dalam bahasa inggeris itu menjadi sesuatu yang melekat pula. Mudah-mudahan mulai sekarang saya akan lebih mahir menulis dalam bahasa ibunda kita ini. (Ini membuatkan saya teringat betapa sukarnya menjadi wakil dalam majlis peminangan anak buah saya yang lalu... tetapi syukur, dua orang dah berjaya diselesaikan). Sekali lagi maaf, lari tajuk pula.

Bila saya kata ikan-ikan kerapu utama di Malaysia, sebenarnya saya maksudkan ikan-ikan kerapu yang biasanya senang dijumpai di Malaysia. Senang dijumpai tu pula, bukanlah senang sangat dijumpai, tetapi diketahui ujud dan biasa ditangkap diperiaran negara. Jadi sebahagian dari ikan kerapu yang saya nak cerita kat sini ni, mungkin kita tak pernah tengok pun, mungkin kita hanya pernah dengar aja namanya, tapi tak pernah merasa keenakan rasanya. Kalau anda serius nak tahu jenis-jenis ikan kerapu yang terdapat didunia ini pula, bolehlah merujuk kepada buku khas yang dikeluarkan oleh FAO iaitu FAO Species Catalogue (Vol 16 - Groupers of the World). Satu lagi buku yang baik bagi mengetahui jenis-jenis kerapu yang terdapat di Laut Andaman, rujuklah kepada buku A field guide to grouper and snapper fishes of Andaman and Nicobar Islands: Family Serranidae, subfamily Epinephelinae, and family Lutjanidae.

Malaysia: Production of Grouper Fishes (MT)
Pada hemat saya, ikan Kerapu Belang adalah jenis kerapu yang paling biasa dilihat oleh kita semua. Ianya juga dipanggil Six Banded Grouper  (Kerapu Belang Enam? Saya kira ada tujuh belang-belangnya, termasuk belang diekor) dan nama saintifiknya Epinephelus sexfasciatus untuk identifikasi perniagaan komersial. Kita biasa menjumpai kerapu jenis ini di pasaraya disekitar kita. Jika anda pernah melihat poster Jabatan Perikanan Malaysia tentang ikan-ikan marine dimersal yang di komersialkan di Malaysia, kita boleh lihat gambar ikan ini diposter tersebut. Cuma ada dua jenis kerapu dalam poster itu dari 45 jenis ikan.

Kerapu Belang, E. sexfasciatus. Photo Credit: Randall, J.E.
Pada kebiasaannya, saiz ikan Kerapu Belang yang terdapat dipasar dan pasaraya kita adalah agak kecil. Walaupun kecil, tapi isinya sedap, lembut dan berwarna putih. Kulitnya tidaklah begitu tebal, tetapi amat sedap dimakan. Oh ya, ramai orang kurang minat nak makan kulit ikan sebab nampak tak berapa menyelerakan, tetapi bagi yang tahu khasiatnya, inilah bahagian yang amat baik untuk kita. Bahagian kulitnya mengandungi kandungan collagen yang tinggi. Collagen memang kita tahu diperlukan oleh sel-sel badan untuk membentuk dinding sel supaya tegang. Sel yang dapat tegang sempurna akan membentuk tisu yang tegang anjal pula. Jika kita tak cukup collagen, bahagian tisu anggota tertentu yang tak cukup collagen tu akan  mengendur, lembik. Jadi, untuk puan-puan yang ingin untuk awet muda, makanlah bahagian kulit ikan terutama dari jenis kerapu kerana ia mempunyai kulit yang tebal dan penuh collagen. Cuma, kita perlukan kaedah memasak yang baik supaya kandungan collagennya menjadi sedia untuk serap kedalam tubuh sementara isi ikan tidak hancur. Bab masak-memasak ni, saya serahkan kepada yang lebih arif. Saya tak pandai. Yang saya tahu, Kerapu Belang ini sedap kalau dikukus dengan halia, stim asam boi, stim dengan belimbing buluh atau dengan tauchu. Paling mudah stim dengan kicap cair sahaja.

Kerapu Botol, E. tauvina. Photo Credit: Randall, J.E.
Satu lagi jenis ikan kerapu yang biasa kita nampak adalah Kerapu Botol. Kadang-kadang dipanggil juga Kerapu Hijau. Dikenali juga sebagai Green Greasy Grouper dan nama saintifiknya Epinephelus tauvina. Dulu, kerapu jenis ini memang banyak diternak. Benihnya banyak ditemui di kawasan pantai kita yang tidak begitu jauh dari muara sungai. Di Kuala Besut, Terengganu selepas musim tengkujuh atau selepas kejadian hujan turun dengan lebat, benih ikan spesis ini ditemui banyak diperairan pantai. Benih-benih  ditangkap dengan menggunakan alat khas dipanggil Tumerang yang dibuat dari daun Cucur Atap. Ikatan-ikatan jambak daun tersebut akan digantung kepada tali panjang dan kemudian ditinggalkan dalam laut  sekitar 10 meter dari pantai selama semalaman. Benih kerapu akan berlindung dicelah-celah daun tersebut dan akan ditangkap menggunakan tangguk kecil. Benih tersebut dikumpul dalam bekas dan diberi udara dan dijual kepada mereka yang mengusahakan pendederan benih ikan.

Kerapu Pinang atau OrangeSpotted Grouper Epinephelus coioides, adalah satu lagi spesis ikan kerapu yang biasa ditemui diperairan kita. Ianya juga pernah menjadi salah satu spesis popular untuk ternakan pada awal tahun 1990an yang lalu sebelum spesis-spesis baharu dan lebih tinggi nilai pasarannya mengambil alih tempat ikan kerapu pinang ini dalam industri ternakan marin kita. Pada masa yang lalu, ianya dianggap satu spesis pilihan yang lebih baik berbanding kerapu botol. Walau pun ikan ini banyak ditemui diperairan kita, tetapi untuk suatu tempoh yang lama juga kebanyakan benih ikan kerapu pinang ini diimport dari negara-negara jiran. Mungkin pada masa itu teknologi pembenihan untuk spesis ini belum diketahui oleh para pengusaha pusat penetasan ikan kita. Sekarang zaman dah berubah, dunia dah semakin maju, demikian juga industri penetasan ikan kita. Pembenihan ikan ini bolehlah dianggap kacang putih saja oleh para pengeluar benih ikan tempatan kita.

Top:Coral Trout (Kerapu Bara). Below: Spotted Grouper (Kerapu Pinang)
Photo: Mahmud Ismail

Kerapu Bara atau Coral Trout, atau nama saintifiknya Plectropomus leopardus biasanya agak jarang kita lihat dipasar-pasar kita terutama yang bersaiz hidangan (plate size). Keadaan ini mungkin disebabkan permintaan yang tinggi terhadap ikan jenis ini direstoran-restoran makanan laut yang telah telah membeli terus dari peraih-peraih ikan dijeti-jeti pendaratan. Ikan ini juga tidaklah terlalu biasa diternak oleh para penternak ikan kita kerana tiada benih ikan jenis ini dilaporkan dikeluarkan dinegara kita. Penternak yang menternak ikan ini di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor dan Sabah kebanyakannya menggunakan benih yang diimport dari luar.

Kerapu Bara Coral Trout Yang Ditangkap Oleh Nelayan Di Sandakan, Sabah.
Photo: Mahmud Ismail

Tidaklah lengkap rasanya kita berbincang tentang ikan kerapu di Malaysia tanpa menyebut tentang ikan Kerapu Kertang (Giant Grouper, dimana nama glamour ikan ini iaitu GG berasal). Nama saitifiknya adalah  Epinephelus lanceolatus). Ikan ini adalah spesis yang sangat istimewa, ia boleh membesar hingga kesaiz yang cukup besar, dilaporkan sehingga 600 kilogram seekor dan mampu mencapai usia sehingga 60 tahun. Setiap kali nelayan kita berjaya menangkap ikan Kerapu Kertang ini, ianya menjadi berita hangat pula didada akhbar-akhbar tempatan kita. Ramai saintis membuat andaian bahawa Kerapu Kertang adalah spesis ikan terbesar yang mendiami sesuatu kawasan terumbu karang. Ikan yang ditunjukkan dalam gambar dibawah ini ditangkap didaratkan oleh nelayan di Pantai Remis, Perak dan telah mencapai berat 148 kilogram dan dijual pada harga RM8,000.00 seekor kepada sebuah restoran di Ipoh. Khabarnya seekor ikan itu boleh dihidangkan untuk 400 pelanggan direstoran itu. Bagi mereka yang mampu saya ingin mencadangkan mungkin kita boleh menghidangkan ikan Kerapu Kertang untuk majlis perkahwinan anak-anak kita. Ianya tentu sesuatu yang istimewa dan bakal dingati sehingga keakhir hayat kedua mempelai tersebut.

Kerapu Kertang (Giant Grouper) Yang Ditangkap Di Perairan Pantai Remis, Perak. Sumber: Utusan Malaysia

Saya terbaca disebuah laman web yang menyebutkan dinegara jiran terdapat restoran yang hidangan istimewanya adalah Kerapu Kertang. Segala bahagian ikan ini dimasak secara istimewa. Sisik, kulit, mata, lidah, hati, sirip, ridip, tali perut, kelempong angin, hempedu, bibir dan lagi, dan lagi...semuanya dimasak secara berasingan. Saya menyebutkan dalam posting saya terdahulu, Ikan Kerapu Suatu Lambang Kemakmuran tentang sesudu sup sperm duct ikan Kerapu Kertang ini bernilai S$50 disebuah restoran di Singapura. Walau bagaimana pun, tuan punya restoran tersebut telah bermurah hari menghidangkannya kepada setiap pelanggan lelakinya satu susu seorang secara percuma dari ikan Kerapu Kertang bersaiz 125 kilogram yang berjaya dibelinya itu. Sperm duct ikan Kerapu Kertang dikatakan sangat baik untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki dan boleh meningkatkan sperm count! Saya berharap, pada malam tersebut ramailah para wanita di Singapura yang tersenyum kepuasan, ramai pula lelaki yang kelihatan keletihan tak cukup tidur keesokan harinya dan ramai pula kelahiran bayi-bayi yang sihat comel 9 bulan kemudiannya. Saya ingin bercerita lagi tentang khasiat ikan Kerapu Kertang ini dimasa depan.

Kerapu Harimau! Namanya pun sudah gah. Ianya adalah nama yang sangat glamour kepada ramai peminat ternakair. Sebut sahaja nak ternak ikan laut, orang akan tanya "nak ternak ikan kerapu rimau ke?" Mungkin kemasyhorannya kerana ianya dikaitkan dengan suatu lagi ikon dunia kejantanan, iaitu harimau. Atau mungkin juga kerana banyaknya siaran akhbar oleh jabatan berkenaan yang mempromosikan ikan ini, sehingga semua orang berminat nak ternak ikan Kerapu Harimau kerana tertarik dengan harganya yang dikatakan mahal. Kejayaan mengeluarkan benih Kerapu Harimau oleh pusat pembenihan dalam negara membolehkan kita mengusahakan ternakan ikan ini secara meluas diseluruh negara. Dulunya inilah ikan yang dianggap paling top dalam bidang penternakan di Malaysia, tetapi tempatnya kini mula diambil alih oleh ikan kacukan diantara Kerapu Kertang dan Kerapu Harimau. Ikan kacukan ini sekarang menjadi kegilaan penternak dan mempunyai harga yang lebih baik dari Kerapu Harimau sendiri. Walau bagaimana pun, saya menjangka ikan Kerapu Harimau akan terus popular dalam industri ternakair Malaysia untuk tempoh yang lama kerana ianya mudahnya pengeluaran benihnya. Ikan Kerapu Harimau bersifat agak agresif terutama semasa kecil, tetapi pengetahuan bagaimana mengurangkan keganasan "anak-anak muda" benih Kerapu Harimau ini telah diperolehi dan sekarang ianya boleh diternak dengan mudah oleh para penternak kita.


Mengangkut Ikan Kerapu Bara Hidup Untuk Pasaran Eksport Di Semporna Sabah. Photo: Mahmud Ismail

Tentunya ramai daiantara kita pernah mendengar tentang ikan Kerapu Tikus (Mouse Grouper), yang nama saintifiknya ialah Cromiloptes altivelis . Ikan ini adalah diva dalam spesis-spesis ikan kerapu kita. Mereka yang tinggal di daerah-daerah di Pantai Timur Negeri Sabah mungkinlah pernah melihat ikan ini,  tetapi belum tentu lagi pernah merasa akan keenakan rasa isinya. Ikan ini selalunya berakhir di restoran-restoran makanan laut yang terletak amat jauh dari Negeri Sabah. Kenapa pula ikan yang sangat cantik ini dipanggil Kerapu Tikus? Tiada rekod khas siapa yang menggelarkannya sedemikian, jadi kita buat andaian sahajalah bahawa kerapa muncung ikan ini yang agak tajam itu mengingatkan sipemberi nama tersebut kepada haiwan yang agak biasa dilihatnya didarat iaitu sang tikus. Di Sabah, ikan ini dipanggil Mameng. Mungkin nama Kerapu Mameng lebih glamour lagi untuk kita gunakan. 

 Kerapu Tikus / Mameng (Mouse Grouper / Cromiloptes altiveli)

Benih bukan lagi suatu masalah kepada penternak kita untuk memelihara ikan Kerapu Tikus ini. Teknologi pembenihan Kerapu Tikus ini telah pun ada dikalangan pengusaha pembenihan ikan dinegara kita. Isu yang masih berlegar adalah kadar tumbesarannya yang perlahan menjadikannya bukanlah pilihan utama kepada para penternak kita. Tabiat makannya mungkin menjadi faktor yang memperlahankan tumbesarannya. Ikan ini tidak akan berusaha untuk mengambil makanan yang telah jatuh dibawah paras mulutnya. Ianya memang sejenis ikan bertaraf bangsawan! Jadi, bagi para penternak, kita perlulah menggunakan makanan jenis jatuh secara perlahan (slow sinking feed) untuk memberi makan ikan Kerapu Tikus ini, jika tidak kita akan mengalami kerugian dari segi jumlah makanan yang digunakan berbanding hasil yang dikeluarkan (Food Conversion Ratio, FCR). Oleh kerana permintaannya yang tinggi serta harganya yang amat baik, maka banyak tumpuan penyelidikan sedang diarahkan kepada ikan Kerapu Tikus ini didalam negara dan dinegara-negara jiran. Setakat ini, hasil kajian-kajian tersebut adalah amat menggalakkan. Kita berharap kejayaan-kejayaan dalam penyelidikan tersebut akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh spesis ini akibat aktiviti penangkapan yang berlebihan.

Ada banyak lagi spesis kerapu (dan spesis yang seakan kerapu) yang terdapat diperairan kita. Saya sangat ingin untuk membincangkan spesis-spesis tersebut terutama yang mempunyai peluang untuk dijadikan ikan ternakan dan mempunyai nilai yang tinggi dipasaran tertentu dalam posting-posting dimasa hadapan.

30 comments:

  1. Salam. Bro, skg trend ternakan kerapu hybrid lebih menonjol. Boleh tak post sedikit sebanyak kerapu hybrid? rasanya x ramai lagi yang post psl kerapu hybrid ni. :)

    ReplyDelete
  2. Bro.... minta no contek.... pls.. ada urgent pasal kerapu bara...... email dhinnupicw@gmail.com

    ReplyDelete
  3. blh kongsi skali ttg harga setiap ikan(pasaran tempatan & luar negara) tq

    ReplyDelete
  4. kerapu bara sekilo RM250! patutlah spesis rare rege pon rare!

    ReplyDelete
  5. saya jual RM50 je..

    ReplyDelete
  6. Sy penternak kerapu hybrid di Tawau Sabah, boleh kongsi maklumat di FB hybridgrouper

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi no telefon utk beli kerapu hybrid secara pukal

      Delete
    2. sya penternak kerapu hybrid..sangkar kami berada di pendas,gelang patah..kalau berminat boleh lihat sndiri..no phone sya 01132244919 (shamsul)

      Delete
    3. sya penternak kerapu hybrid..sangkar kami berada di pendas,gelang patah..kalau berminat boleh lihat sndiri..no phone sya 01132244919 (shamsul)

      Delete
  7. Saya peternak kerapu hybrid...kalo nak contact?

    ReplyDelete
  8. Sapa sapa boleh kasi pos dalam 3 ekor kerapu bara pada saya di selangor teringin nak makan

    0137120807

    ReplyDelete
  9. Salam, kt mana sye bole dptkn ikan kerapu pinang ye? Sila contact sye para penternak dan pembekal 0143276314

    ReplyDelete
  10. saya penternak ikan kerapu d semporna sabah.. Dlam sangkar ada sesiapa yng nak beli min 50 ekor sya dpat dari nelayan semporna sila hubngi saya 0104315771

    ReplyDelete
  11. Saya Pnternak kerapu hybrid..dan menjual benih berasiz 2inch - 6inch...berminat 0195238273...cod : besut,terengganu

    ReplyDelete
  12. Salam...sya penternak ikan kerapu hybrid di kunak sabah...saiz ikan 800g-1.3kg...saya ada 10tan berminat hubungi saya..0168065794

    ReplyDelete
  13. Saya ingin ternak Hybrid Kerapu, area saya di Cheras, Kuala Lumpur, kalau ada penternak yang boleh kongsi pengalaman boleh email ke simonsee2001@yahoo.com atau WhatsApp 011-12885539, sekian terima kasih

    ReplyDelete
  14. Saya nak tau hrga kerapu bara..wasap 0177474722..

    ReplyDelete
  15. Saya nak tau hrga kerapu bara..wasap 0177474722..

    ReplyDelete
  16. Salam boleh tahu kerapu hitam berapa 1kg ?

    ReplyDelete
  17. Salam boleh tahu kerapu hitam berapa 1kg ?

    ReplyDelete
  18. maaf mencelah..
    kerapu tikus bukan "mouse grouper" ya..
    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Humpback_grouper

    ReplyDelete
  19. minat kerpau cantang cantik Hybird kontak kami fb burhanafi email burhanafi75@gmail.com Wa 082147330461 Tlp 081337767275

    ReplyDelete
  20. Assalamu'alaikom, Tuan2 Puan2 saya lagi SATU tahun akan masuk umur 55. Minat nak bela kerapu sebagai hobi pencen. Lagipun abang ipar di Besut pun ada bot. Saya harap dapat hadir kursus. Saya berminat join group/koperasi yg buat bisnes bela kerapu.

    ReplyDelete
  21. Tadi saya cari di-fb tak jumpa pun group "hybridgrouper" ? Group Tawau Sabah tu sudah tukar nama ke ?

    ReplyDelete
  22. Saya Joe. Peminat tegar Epiephelus lanceolatus Pulau Bidan, Yan Kedah. 2 hari lepas, tiga batang rod patah. Saya akan update lagi selepas trip memburu kertang pada 24/Feb, 2018.

    Hanya Kertang, tiada yang lain melainkan Kertang.

    ReplyDelete
  23. Saya pembekal kerapu hijau and kerapu hybrid. Boleh laman fb untuk info https://www.facebook.com/grouperfishfingerling/?view_public_for=156759941928056 atau whatapps Ryan 0176635118

    ReplyDelete
  24. Saya pembekal ikan kerapu,semua jenis kerapu.

    ReplyDelete
  25. Semua jenis ikan air laut..wassap saya,01131826247.

    ReplyDelete
  26. apa beza kerapu bara dengan kerapu merah

    ReplyDelete